memories-maroon5

Sunday, March 15, 2020

BAB 4 - PEMBANGUNAN NEGARA

RANCANGAN DAN VISI PEMBANGUNAN

LATAR BELAKANG EKONOMI


SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS

Pihak Kerajaan tidak memainkan peranan dalam membuat keputusan ekonomi.
Keputusan ekonomi dibuat oleh anggota masyarakat sendiri berdasarkan pasaran bebas.
Amerika, Jepun, Perancis.

SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT

Segala masalahmasalah asas diputuskan oleh kerajaan.
Kerajaan menentukan apa, siapa dan berapa barangan dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan.
China, Korea Utara, Cuba.

SISTEM EKONOMI CAMPURAN

Pihak swasta dan kerajaan sama-sama membuat keputusan.
Pihak kerajaan mempunyai kuasa untuk campur tangan seandainya ia melibatkan soal kepentingan negara dan kebajikan rakyat.
Malaysia

DASAR PECAH DAN PERINTAH 

Sistem Dwi-ekonomi:

 • British memperkenalkan ekonomi moden dalam bidang perlombongan, pertanian dan perdagangan di kawasan bandar.
 • British mengekalkan ekonomi tradisional di kawasan luar bandar terutama di kawasan timur Tanah Melayu dan di Sabah serta Sarawak.

EKONOMI SEMASA PENJAJAHAN BRITISH

 TRADISIONAL

 • Identifikasi kaum berdasarkan aktiviti ekonomi.
• Menggunakan modal yang kecil dan lebih bersifat sara diri.

EKONOMI KOMERSIL

 • Sektor Utama adalah Bijih Timah dan Getah.
 • Memerlukan infrastruktur pengangkutan yang baik.
 • Menggunakan modal yang lebih besar dan bersifat pelaburan.

KESAN UTAMA SISTEM DWI-EKONOMI

• Wujudnya jurang kemiskinan yang serius antara penduduk luar bandar dan dikawasan bandar. 
• Identifikasi kaum berdasarkan aktiviti ekonomi. 
• Perpecahan kaum mengikut kegiatan ekonomi. 
• Perpaduan kaum tidak dapat dipupuk.

KONSEP DAN MATLAMAT PEMBANGUNAN NEGARA

KONSEP PEMBANGUNAN

 • Pembangunan merangkumi segala bentuk tindakan atau aktiviti kerajaan yang bercorak pembangunan yang digubal secara satu pakej untuk memenuhi keperluan perancangan dan pelaksanaan sesuatu idea pembangunan. 
• Contoh : Pembangunan Putrajaya. Pusat Pentadbiran Persekutuan-bandaraya berangkai (Megacity):KualaLumpur-Putrajaya

Ciri-ciri Pembangunan Negara

 i. Terdapat ciri-ciri tersendiri yang berbeza daripada aktiviti lain.
 ii. Wujudnya matlamat dan objektif yang terang terutama dari segi kos dan faedah.
iii. Terdapat keterangan yang komprehensif tentang semua aspek perancangan dan pelaksanaan.
 iv. Mempunyai keterangan tentang pembahagian kerja dan tanggungjawab di kalangan pihak-pihak yang berkenaan.

RANCANGAN-RANCANGAN LIMA TAHUN 



• Disebut sebagai rancangan jangka pendek.
 • Diperkenalkan selepas Pembentukan Malaysia 1963. 
• Bertindak sebagai satu sistem yang menjadi dasar kepada pembangunan jangka pendek negara yang merangkumi pelbagai aspek.
 • Dirangka bagi memastikan negara memastikan pelaksanaan sesuatu dasar dapat dijalankan dengan lebih berkesan.




DEFINISI DASAR-DASAR KERAJAAN (AWAM )


Satu pengisytiharan (hasrat dan ideologi kerajaan) dibuat dari semasa ke semasa untuk menyelesaikan/mendapatkan hasil/ mencapai objektif. 




RASIONAL KERAJAAN MEMPERKENALKAN DASAR-DASAR AWAM


 Untuk memenuhi objektif-objektif sosio-ekonomi negara seperti pembangunan ekonomi, pengagihan pendapatan, perkhidmatan awam, kestabilan atau keselamatan negara dan juga kebajikan masyarakat



 Untuk menjadi sebuah negara yang makmur lagi bersatu padu berasaskan sistem demokrasi di dalam suasana pembangunan yang aman dan stabil


KENAPA DASAR KERAJAAN DIBUAT ?

• Meningkatkan kecekapan
 • Meningkatkan produktiviti
 • Mengurangkan kos pengurusan 
• Mengatasi masalah 
• Meletakkan asas pentadbiran negara/organisasi
 • Panduan bagi mencapai objektif
 • Menyedarkan orang ramai perlunya sesuatu amalan baik dipraktikkan




DASAR KEBUDAYAAN

• Merupakan keseluruhan cara hidup manusia
. • Memerlukan perancangan yang teliti & rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan.



PRINSIP-PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN




1. Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini
 2. Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar boleh diterima
 3. Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan


STRATEGI-STRATEGI:


• Peningkatan dalam pendapatan dan menyusun kadar kemiskinan mengikut kaum
. • Penyusunan semula corak guna tenaga.
 • Penyusunan semula hakmilik dalam sektor ‘Syarikat’
 • Pencapaian-pencapaian lain: sektor industri, pembangunan bandar dan luar bandar. 



CABARAN WAWASAN 2020


• Mewujudkan Negara Bersatu Padu
 • Mewujudkan Masyarakat Yang Bebas, Teguh, Dan Keyakinan Diri
 • Mewujudkan &dan Membangunkan Masyarakat Demokratik Yang Matang
 • Membina Sebuah Masyarakat Yang Kukuh Dan Beretika
 • Membangunkan Masyarakat Yang Matang
 • Membentuk Masyarakat Bersifat Saintifik
 • Mewujudkan Masyarakat Berbudi dan& Berbudaya Menyayangi
 • Menjamin dan Membentuk Masyarakat Yang Adil Ekonominya
 • Mewujudkan Masyarakat Makmur




ISU-ISU

a. Keberkesanan Dasar Ekonomi Baru (DEB), pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan kedudukan geografi.
 b. Negara menyediakan keperluan asas yang mencukupi seperti tempat tinggal, makanan dan pakaian.
c. Perkongsian penuh dalam kemajuan ekonomi, adil dari segi penyertaan dan sumbangan semua kaum.
 d. Menjamin kewujudan ekonomi bersifat dinamik, giat dan kental, iaitu ekonomi yang pelbagai, peka pada perubahan, berteknologi cekap, hubungan perindustrian yang kukuh, kemahiran dan ketekunan serta daya pengeluaran yang tinggi, berpandangan jauh dan kos sara hidup yang rendah dan disiplin yang ketat.
 e. Negara akan bergantung pada sektor swasta sebagai penggerak utama pertubuhan ekonomi.


MODEL BARU EKONOMI (MBE)





• Model Ekonomi Baru (MEB) diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Bin Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia keenam dalam Persidangan Invest Malaysia 2010, Kuala Lumpur pada 30 Mac 2010. 



KESIMPULAN



 RANCANGAN PEMBANGUNAN MEMPUNYAI EMPAT CIRI :

 1. CIRI TERSENDIRI DAN BERBEZA DENGAN AKTIVITI LAIN.
 2. MEMPUNYAI OBJEKTIF YANG TERANG.
 3. KETERANGAN YANG KOMPREHENSIF TENTANG SEMUA PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN.
 4. JELASKAN KETERANGAN PEMBAHAGIAN KERJA DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK2 BERKENAAN.
































































































































































































































No comments:

Post a Comment