memories-maroon5

Sunday, February 23, 2020

BAB 2 - PERLEMBAGAAN MALAYSIA


BAB 2 : PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

PERLEMBAGAAN

PERLEMBAGAAN IALAH UNDANG-UNDANG YANG MENGANDUNGI PERATURAN & PRINSIP YANG BERTINDAK SEBAGAI DASAR KEPADA PEMBENTUKAN KERAJAAN & MENJADI PANDUAN KEPADA KERAJAAN UNTUK MELAKSANAKAN KUASA DALAM PENTADBIRAN NEGARA.

PENGENALAN

Ø  PERLEMBAGAAN MALYSIA  DIKENALI SEBAGAI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.(16 SEPTEMBER 1963)
Ø  MERUPAKAN DOKUMEN UNDANG’’  BERTULIS  YANG TERTINGGI DAN MUSTAHAK SERTA MENJADI RUJUKAN  BAGI PENTADBIRAN NEGARA.
Ø  BERPERANAN SEBAGAI UNDANG’’ DASAR YANG  AKAN TENTUKAN KUASA DAN BAHAGIAN PEMERINTAHAN MALAYSIA
Ø  DOKUMEN YANG TERDIRI DARIPADA PRINSIP’’ PERJALANAN PEMERINTAHAN NEGARA MALAYSIA.
Ø  MERUPAKAN GARIS PANDUAN  DALAM PEMBENTUKKAN UNDANG’’ MALAYSIA.
Ø  DOKUMEN INI MEMBERI JAMINAN HAK,PERLINDUNGAN KEDUDUKAN,KEISTIMEWAAN DAN SEGALA YANGBERKAITAN DENGAN NASIB RAKYAT DAN PEMERINTAH. CONTOHNYA, HAK KEISITIMEWAAN ORANG MELAYU DAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI.
Ø  PERLEMBAGAAN ADALAH UNDANG’’ & PERATURAN ASAS NEGARA YANG BAKAL MENENTUKAN HALATUJU SISTEM DALAM POLITIK SERTA PENTADBIRAN NEGARA.
Ø  DOKUMEN INI TERKANDUNG 3 JENIS UNDANG’’ :
·         UNDANG’’ PERSEKUTUAN
·         UNDANG’’ NEGERI
·         UNDANG’’ PERKHIDMATAN AWAM



SEJARAH PEMBENTUKAN












ALAT PENYELESAIAN MASALAH

*      PERLEMBAGAAN MENJADI UNDANG’’ TERTINGGI DAN MENJADI SUMBER UTAMA UNTUK RUJUKAN.
*      SEBARANG PEMBUATAN UNDANG’’ @ RUJUKAN HUKUMAN ADALAH BERDASARKSN PRINSIP PERLEMBAGAAN.

MENJAMIN MASA DEPAN NEGARA & BANGSA

*      PERLEMBAGAAN – MENENTUKAN HALA TUJU DAN PERJALANAN DALAM PENTADBIRAN NEGARA.
*      ASAS PEMBENTUKAN DEMOKRASI NEGARA ( PERLEMBAGAAN)
*      MEMBANTU KEKALKAN IDENTITI SESEBUAH NEGARA DAN BANGSA DALAM MEMANCU SISTEM PENTADBIRAN & PERJALANAN NEGARA.













PERLEMBAGAAN MALAYSIA MENGANDUNGI :

-       183 PERKARA
-       15 BAHAGIAN (TERDIRI DARIPADA PRINSIP DI ATAS)





RAJA BERPERLEMBAGAAN :

*    Yang Dipertuan Agung (YDPA) sebagai ketua negara selepas perdana Menteri.
*    Memerintah berdasarkan perlembagaan @ undang’’ yang merupakan tonggak utama
*    Bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dan anggota kabinet
*    Diperingkat negeri bertindak atas nasihat MB  dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
*    Perkara 71(1) memperuntukkan kerajaan Persekutuan :

-      Menjamin hak-hak Raja sesebuah negeri untuk mewarisi, memegang, menikmati serta menjalankan hak-hak perlembagaan negeri tersebut.




DEMOKRASI BERPARLIMEN :

ü  Menjamin amalan demokrasi dalam pemilihan kerajaan yang memerintah.
ü  membolehkan Parlimen atau DUN untuk merangka seterusnya melulusakn undang-undang :
         Pilihanraya lambang kewujudan demokrasi
         Perlembagaan menentukan perkara-perkara yang
          AGAMA ISLAM :
ü  sebagai agama rasmi, dan diperuntukan beberpa kelebihan oleh perlembagaan. (dana, penubuhan institusi Islam & undang-undang)
ü  Cth :Agama lain bebas diamalkan, tetapi mempunyai BATASAN

KEBEBASAN UNDANG’’ :

ü  Bebas dipraktikkan tanpa ada campurtangan pihak lain.
ü  Kewarnegaraan rakyat dijamin melalui undang-undang negara seperti yang diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan.

PENGASINGAN KUASA:
ü  Perlembagaan memperuntukan mengenai pengasingan kuasa dalam pentadbiran kerajaan
ü  Mempunyai tanggungjawab masing-masing seperti yang diperuntukan.
      Badan Legislatif
      Badan Esekutif
      Badan Judisiari


 PERLEMBAGAAN NEGERI :
ü  Hasil perkongsian antara negeri-negeri yang menganggotai persekutuan malaysia
ü  Mempunyai peruntukan tertentu dalam menentukan kedudukan   Raja,YangDipertuaNegeri,peruntukan kewangan, layanan sama rata bagi pekerja-pekerja dan pindaan perlembagaan negeri.
ü  Peruntukan tetap menggariskan sesebuah negeri harus mempunyai Raja/Yang Dipertua Negeri, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pihak berkuasa kerajaan negeri dan dewan undangan negeri.

PERUNTUKKAN UTAMA :
- Bahagian 1 : Peruntukan tetap & kewangan.
Peruntukan Tetap,sesuatu negeri harus mengandungi: Raja/ Yang Dipertua Negeri, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) & DUN.
- Bahagian 2 : Peruntukan sementara
Peruntukan yang tidak digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan atau Negeri, tetapi kedudukanya ditetapkan diperingkat Persekutuan.








Senarai Persekutuan (I):

Ø  Menyenaraikan bidang kuasa kerajaan persekutuan di mana kerajaan persekutuan sahaja mempunyai bidang kuasa ke atasnya.
Ø  Mengandungi 27 Perkara yang bersifat nasional

Senarai Negeri (II) :

Ø  Menyenaraikan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri di mana kerajaan negeri sahaja yang mempunyai bidang kuasa ke atasnya.
Ø  Mengandungi 12 Perkara yang bersifat kenegerian dan wilayah

Senarai Bersama (III) :

Ø  Menyenaraikan bidang kuasa bersama kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, dan kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa ke atasnya.

Ø  Mengandungi 18 perkara 


KANDUNGAN PERLEMBAGAAN :


PERSEKUTUAN


NEGERI


BERSAMA
Hal ehwal luar negara
Hal Ehwal Islam
Kebajikan masyarakat
Pertahanan
Tanah
Kutu rayau
Keselamatan dalam negeri
Hari Kelepasan Negeri
Kesihatan awam
Kewangan
Kerja’’ negeri & air
Kebudayaan dan sukan
Hari kelepasan Am
Jentera kerajaan negeri
Peruntukkan perumahan
Akhbar
Kerajaan tempatan
Peparitan & pengairan
Pendidikan
Pertanian & perhutanan
Ternakan Binatang


PINDAAN PERLEMBAGAAN :

·         Semenjak 1957,perlembagaan Malaysiatelah dipinda lebih kurang 52 kali sehingga ke akhir tahun 2005.
·         Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa pindaan boleh dilakukan ke atas Perlembagaan Persekutuan.
·         Dipinda bagi  tujuan menambah,menukar @ memansuh sesuatu peruntukan.
·         Pindaan dilakukan melalui proses perundangan di parlimen tanpa melibatkan pungutan suara rakyat terlebih dahulu.

PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN :

·         Terdapat 4 cara sesuatu pindaan itu boleh dilakukan:
·         Memerlukan kelebihan suara 2/3 dalam tiap-tiap satu siding parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja.
-       Kewarganegaraan
-       Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra di Sabah dan Sarawak
·         Memerlukan kelebihan suara 2/3 dalam tiap-tiap satu siding parlimen dan persetujuan Yang Dipertua negeri Sabah & Sarawak.
- Keangotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah & Sarawak
- Akta Imigresen
·         Memerlukan kelebihan suara 2/3 dalam tiap-tiap satu siding parlimen.
Memerlukan kelebihan suara biasa dalam tiap-tiap satu siding parlimen


PINDAAN PERLEMBAGAAN NEGERI :

·         Bagi pindaan Perlembagaan Negeri,Peruntukan Perlembagaan negeri hanya boleh dipinda oleh undang-undang negeri sahaja dan tidak boleh dipinda dengan cara lain.
·         Kecuali beberapa perkara yang tidak boleh dipinda khususnya warisan takhta Kerajaan.
·         Walau bagaimanapun sesetengah perlembagaan negeri memerlukanpersetujuandaripadakumpulanorang-orang tertentu terhadap pindaan mengenai:
·         Perlantikan dan sifat-sifat waris takhta, permaisuri raja, pemangku Raja atau ahli-ahli Jemaah Pemangku Raja negeri, pemecatan, penarikan diri, penurunan takhta raja atau waris-warisnya.
·         Perlantikan & sifat-sifat pembesar memerintah atau para pembesar, adat melayu, ahli-ahli majlis penasihat agama, atau adat @ seumpama dengannya.
·         Hal bagi mengadakan,mengatur,mengesahkan dan melucutkan pangkat, kurniaan adat melayu & mengadakan peraturan mengenai Balai diRaja @ Istana.


PERUNTUKKAN UTAMA  :

Ø  Di sebut sebagai Traditional Elements.
Ø  Dari perspektif sejarah,semua yang terkandung dalamperuntukan utama ini adalah warisan yang perlu dipelihara bagi menghormati hak-hak bumiputera sebagai pewaris Persekutuan Tanah Melayu.
Ø  Ada 5 perkara yang  disifatkan sebagai hak-hak bumiputera yang  diwarisi dan perlu dipertahankan  melalui peruntukan perlembagaan.




 BAHASA :

·         Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Bahasa Melayu mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi (termasuk apa-apa  maksud sesuatu pihak berkuasa awam). Perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan tidak ada sesiapa pun yang boleh dilarang daripada menggunakan bahasa lain selain daripada bahasa Melayu.
·         Pihak-pihak tertentu termasuk ahli-ahli badanperundanganadalahDILARANG mempersoalkan isi  kandungan perkara 152 sama ada dalam Parlimen atau dalam mana- mana Dewan Undangan Negeri.
·         Tindakan mempersoalkan isi kandungan perkara 152 boleh menyebabkan seseorang itu didakwa di bawah mana-mana akta yang telah diwartakan termasuk akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau Akta Hasutan 1948 sebagaimana yang diperuntukan oleh ordinan (kuasa-kuasa perlu) darurat No. 45 170.
·         Peruntukan Sementara  berkenaan kelonggaran pada penggunaan Bahasa Melayu (menggunakan bahasa Inggeris) selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

“Bagi tempoh 10 tahun selepas merdeka dan selepas  daripada itu, sehinggalah diperuntukkan selainnya oleh parlimen adalah dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris digunakan dalam kedua-dua majlis Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan segala maksud rasmi yang lain, segala undang-undang yang hendak dilakukan pindaan dalam mana-mana majlis Parlimen, bagi segala Akta parlimen dan perundangan kecil yang dikeluarkan oleh kerajaan Persekutuan dan segala perbicaraan dalam mahkamah Persekutuan/mahkamah Tinggi boleh menggunakan bahasa Inggeris
”Selepas 10 tahun kecuali Sabah & Sarawak, Parlimen menggugurkan peruntukan sementara melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Yang disemak dari Akta Bahasa Kebangsaan 1963.


AGAMA :

Ø  Perkara3(1),Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi Perlembagaan Persekutuan juga memberi kebebasan kepada semua orang untuk mengamalkan agamanya sendiri dengan cara aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan.
Ø  -Perkara 11(4),memperuntukkan undang-undang negeri, undang-undang Persekutuan boleh mengawal Atau menyekat  apa-apa kepercayaan agama di kalangan orang-orang Islam.
Ø  -Kerajaan pusat di berikuasa untuk membelanjakan wang bagi tujuan pentadbiran agama islam & undang-undang syariah.
Ø  -Bantuan disediakan oleh kerajaan bagi menyelenggara & membantu pertubuhan-pertubuhan Islam
Ø  Dalam Perlembagaan persekutuan,perkara agama Islam adalah perkara negeri
Ø  Kuasa berkenaan Hal Ehwal Islam adalah Hak Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam yg diketuai Sultan negeri-Negeri Masing kecuali Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang yang diketuai YDPA.
-       Yang di-Pertuan Agong adalah ketua Agama Islam bagi negerinya, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Manakala Sultan adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing.
-       17 Oktober 1968 sebuah jawatankuasa yang dikenali Majlis Kebangsaan Hal Ehwal  Agama Islam telah ditubuhkan oleh Majlis Raja-raja bagi tujuan penyelarasan Hal Ehwal Agama Islam.

HAK ISITIMEWA ORANG MELAYU  :

Ø  Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan,orang Melayu ditakrifkan :
Ø  Seorang yang beragama islam
Ø  Lazim bertutur Bahasa Melayu
Ø  Mengamalkan adat istiadat Melayu
Ø  Bumiputera Sabah & Sarawak (termasuk bukan Melayu) tergolong untuk menerima keistimewaan seperti orang Melayu di Tanah Melayu.
Ø  Perkara yang termasuk dalam hak keistemewaan orang Melayu sebagai kaum Bumiputra:
-       Perkhidmatan awam
-       Lapangan Ekonomi
-       Pendidikan (biasiswa & bantuan pendidikan)

PERLINDUNGAN KHAS SABAH & SARAWAK  
:
Ø  Bumiputra di  Sabah &  Sarawak (termasuk bukan Melayu) tergolong untuk  menerima  keistimewaan seperti orang Melayu di Tanah Melayu
Ø  Dalam Perlembagaan(Perkara153) telah menerangkan tentang layanan istimewa bagi orang Melayu & kaum Bumiputra di Sabah & Sarawak dalam memegang jawatan perkhidmatan awam dan pemberian biasiswa
Ø  Agama Islam agama rasmi persekutuan, namun di Sabah & Sarawak terdapat PENGECUALIAN.

KEWANGAN:

Kewarganegaraan  adalah status yang dipegang oleh rakyat dlm sesebuah negara. Keistimewaan adalah seperti berikut :
ü  Berhak menjadi pemilih dlm pilihanraya.
ü  Berhak mengambil bahagian dalam politik.
ü  Berhak mengisi jawatan eksklusif yang dikhaskan
ü  Bebas memiliki hartanah
ü  Bebas memiliki faedah dan kemudahan dalam negeri.
ü  Bebas bergerak.
ü  Cara untuk mendapat taraf kewarganegaraan ialah:
ü  Kuat kuasa Undang-undang.
ü  Pendaftaran/Permohonan
ü  Masukan/ Naturalisasi
ü  Percantuman Wilayah.

KEBEBASAN ASASI :

Kebebasan asasi individu telah diperuntukan dalam bahagian-bahagian Perlembagaan Persekutuan :
ü  Kebebasan diri
ü  Keabdian dan kerja paksa
ü  Kesamarataan di sisi undang-undang
ü  Larangan buang negeri & kebebasan bergerak
ü  Kebebasanbercakap,berhimpundan
ü  menubuhkan persatuan.
ü  Kebebasan beragama
ü  Kesamarataan dalam pelajaran
ü  Hak terhadap harta
ü  Perlindungan dari pada undang2 jenayah dan perbicaraan berulang


KESIMPULAN :

v  Perlembagaan Persekutuan menjadi teras kedudukan Perlembagaan Malaysia.
v  Perlembagaan mempunyai kedudukan yang tertinggi  dengan prinsip-prinsipnya yang tersendiri.
v  Konsep-konsep pembahagian kuasa antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri dapatmelicinkanpentadbirannegarasekaligus
v  mewujudkan keamanan dan kestabilan negara. Melalui perlembagaan,setiap  warganegara samada pemerintah dan rakyat mendapat hak masing-masing dan pembelaan sewajarnya.


                                  





No comments:

Post a Comment