PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
Objektif P & P
1) Dapat membezakan jenis integrasi.
2) Dapat menyatakan masalah dalam usaha mewujudkan perpaduan kaum.
3) Dapat mengemukan pengajaran diperoleh daripada peristiwa 13 Mei 1969.
Isi kandungan
- Faktor Mempengaruhi perpaduan negara dan integrasi nasional
- Jenis-jenis Integrasi
Konsep Perpaduan
- Proses perpaduan merujuk kpd penyatuan masy dlm semua aspek kehidupn spt fizikal, eko, politik & sosial
- Perpaduan rakyat mrp 1 proses yg mesti dititikberatkn dlm penyusunan strategi pbangunan & ptdbrn ngra spy mampun kekal & pertahankn kebebasan di samping majukn eko sbg sebuah ngra berdaulat
- Perpaduan penting bg ngra yg m’yai kepelbagaian ras etnik, bhs, agama, budaya spt Malaysia
- Keutuhn sesebuah ngra bergantung pd keharmonian sosial yg blh wujudkn kestabilan politik yg m’bantu merangsang pertumbuhan ekonomi ngra.
Konsep Integrasi
- Konsep integrasi merujuk kpd proses penyatuan semua aspek fizikal, sosial,eko, politik tmsk aspek biologikal.
- Aspek biologikal ialah kesanggupan pelb. kumpulan etnik utk berkahwin campur.
- Ringkasnya;
- Perpaduan = 1 proses yg menyatupadukn seluruh anggota masy & ngra melalui ideologi ngra spy setiap anggota masy dpt m’bentuk 1 identiti & nilai bersama serta perasaan cinta & bangga akan tanah air.
- Integrasi = 1 proses bagi mewujudkn 1 identiti nasional dlm kalangn kumpulan2 yg t’pisah drpd segi kebudayaan, sosial, eko & petempatan dlm sesebuah unit politik. 9 sambungan
- Kesimpulannya; Perpaduan & Integrasi Nasional adalah 1 usaha & proses penyempurnaan dgn mggnkn kaedah tertentu bg mewujudkan sebuah masy. beridentiti nasional.
UNSUR-UNSUR INTEGRASI
- INTEGRASI POLITIK
- INTEGRASI WILAYAH
- INTEGRASI PENDIDIKAN
- INTEGRASI EKONOMI
- INTEGRASI KEBUDAYAAN
- INTEGRASI SOSIAL
PROSES-PROSES INTEGRASI
- segrerasi
- akomodasi
- akulturasi
- asimilasi
- amalgamasi
Segregasi
- Pemisahan atau pangasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara.
Akomodasi
- Proses menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati nrma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya masing-masing
Akulturasi
- Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari satu kebudayaan lain yang berbeza.
Asimilasi
- Proses pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
Amalgamasi
- Proses perpaduan yang melibatkan percantuman biologi (perkahwinan campur), proses ini mewujudkan kelompok baru dengan budaya yang baru iaitu proses perpaduan yang melibatkan perkahwinan campur
MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI KAUM
SEJARAH HUBUNGAN ANTARA KAUM DI TANAH MELAYU:
- BERPECAH BELAH - Dasar pecah perintah
- BERKOMPROMI - Ambang kemerdekaan
- BERKONFLIK PAP + DAP = 13 MEI 1969
- BERSAING DEB
- BEKERJASAMA - Masih Banyak pekara yang membezakan persefahaman antara kaum
Faktor-Faktor Masalah:
- DASAR PEMERINTAHAN INGGERIS -Dasar Pecah Perintah -Konsep penghkususan kaum > Wujud Pengasingan kaum
- PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL/PENEMPATAN -Mempermudahkan sistem ekonomi -Melayu – Kampung Cina – Bandar India – Estet -Membawa kesan negatif & mencetuskan perselisihan
- MASALAH EKONOMI DAN PERBEZAAN TUMPUAN EKONOMI -Wujud perasaan cemburu dan dendam -Melayu – Pertanian @ Pentadbiran -Cina – Perlombongan @ Perniagaan -India – Perladangan
- FAHAMAN DAN PENGARUH POLITIK YANG BERBEZA -Kaum India & Cina mementingkan hal yang berlaku dinegara asal mereka -Kaum Melayu terus memastikan hak & kepentingan terpelihara
- PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN
Cina - Sistem tersendiri (Buku Teks & Guru)
Mementingkan Politik, ekonomi &
sosial di China
Sabah & Sarawak - Tidak memerlukan pendidikan
- PERBEZAAN KEPERCAYAAN DAN AGAMA Sukar untuk membentuk perpaduan sekiranya setiap kaum sukarr untuk bertolak ansur dengan fahaman agama lain
- PENGGUNAAN AKHBAR YANG BERBEZA Lebih menjurus kepada berita mengikut kaum masing-masing terutamanya terhadap negara asal.Menyulitkan mereka untuk memahami budaya, bahasa & sensitiviti kaum lain.
- PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU Kaum Cina mempunyai dendam terhadap kaum Melayu atas sebab penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Sentimen perkauman yang kuat dikalangan dua kaum tersebut.
CABARAN PEMBINAAN NEGARA
BANGSA
- MASYARAKAT MAJMUK
- KETIDAK PUASHATIAN ANTARA KAUM
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sejarah hitam dalam
hubungan antara kaum negara. Percubaan memperkenalkan
Akta Bahasa Kebangsaan 1967, telah melahirkan bibit
perkauman sehingga terbawa-bawa dalam pilihan raya
1969. Selain itu, ketidakseimbangan ekonomi juga
antara penyebab peristiwa 13 Mei. Orang Melayu merasa
bimbang dan tidak selamat terhadap jurang perbezaan
antara mereka dan bukan Melayu terutama dalam
pendidikan dan ekonomi.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI RUSUHAN KAUM
PENGISYTIHARAN DARURAT
(16 MEI 1969)
- Tunku Abdul Rahman menasihatkanYDPA untuk mengisytiharkan darurat berdasarkan perkara 150 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
- YDPA diberi kuasa yang luas ke atas hal keselamatan awam, pertahanan dan ketenteraman awam, perbekalan dan perkhidmatan.
- Kuasa Eksekutif Persekutuan diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri iaitu Tun Abdul Razak Hussein
PEMBENTUKAN MAJLIS GERAKAN NEGARA (MAGERAN)
(17 Mei 1969)
- Bertujuan mengambil alih tugas Parlimen untuk sementara waktu
- Dianggotai oleh Tun Abdul Razak, Tun Dr Ismail serta pemimpin-pemimpin politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan, pegawai polis dan pegawai tentera
- Penubuhan Jawatankuasa Gerakan Negeri dan Jawatankuasa Gerakan Daerah.
- Fungsi MAGERAN a) Pengembali keamanan dan undang-undang Negara b) Penentu Pentadbiran yang licin dan sempurna c) Mengembalikan keharmonian dan kepercayaan antara kaum. •MAGERAN berjaya mengembalikan keamanan kepada Negara, Kerajaan berparlimen dikembalikan semula pada 23 Februari 1971.
MAJLIS MUHIBAH NEGARA (MMN-18 Julai 1969) PENUBUHAN JABATAN PERPADUAN NEGARA (JPN-1971)
- MMN – diwartakan pada 18 Julai 1969.
- Memulihkan keyakinan dan menghapus perselisihan kaum
- JPN- Tan Sri Mohd Ghazali Shafie Membantu kerajaan menggerakkan rakyat ke arah perpaduan Negara
- Mengadakan keselarasan dengan dasar-dasar ekonomi
- Mendraf satu ideologi untuk Negara, dikenali sebagai Rukun Negara * Pada 1 Januari 1972, MMN dan JPN= Kementerian Perpaduan Negara
PENUBUHAN MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA (MAPEN-28 Januari 1970)
- Dianggotai : wakil-wakil dari MAGERAN, kerajaan negeri, parti politik, Sabah dan Sarawak, kumpulan agama, badan professional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja dan persatuan majikan, akhbar, guru-guru dan kelompok minoriti
- Mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi sosial untuk memupuk identiti kebangsaan dikalangan rakyat Malaysia.
- Bertanggungjawab terhadap pembentukan ideologi Negara iaitu Rukun Negara dan perubahan perlembagaan.
GALAKAN BERHIJRAH
- Menempatkan penduduk di satu-satu kawasan yang menggalakkan pergaulan yang lebih kerap
- Penyatuan perkhidmatan awam antara semua negeri di Malaysia
- Mewujudkan perkembangan peluang perniagaan yang lebih baik di tempat lain
- Menambah keperluan-keperluan keselamatan dan memperbesarkan lagi kawasan angkatan tentera di wilayahwilayah tertentu.
Penyeragaman Sistem Pendidikan
(Melalui dasar-dasar Pelajaran)
- Untuk memupuk perpaduan
- Sistem pendidikan seragam dan menyeluruh
Penyatuan Fahaman Politik
- Pengggabungan fahaman politik antara kaum
- Tidak mengenepikan parti-parti politik yang di Sabah dan di Sarawak • Kewujudan Parti Barisan Nasional (BN)
Integrasi Ekonomi
- Memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
- Dasar-dasar pembangunan
- Memastikan pengagihan ekonomi yang seimbang
Peranan Media Massa
- Dapat mengurangkan jurang maklumat yang wujud
- Membentuk pemikiran dan pandangan rakyat yang memahami berbagai-bagai nilai dan simbol Negara
IDEOLOGI NEGARA:
RUKUN NEGARA
- Ideologi ekoran daripada rusuhan kaum 13 Mei 1969.
- Digubal semasa negara di bawah pimpinan MAGERAN.
- Badan yang bertanggungjawab adalah Majlis Perundingan Negara (MPN)
- Kata sepakat untuk mencipta satu idelogi negara ini dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN iaitu pada 27
Objektif Rukun Negara
- Mencapai perpaduan yang erat di kalangan seluruh masyarakat tanpa mengira keturunan
- Memelihara cara hidup demokratik.
- Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati bersama secara adil dan saksama.
- Membentuk masyarakat bersifat liberal terutama terhadap kebudayaan masingmasing
- Membina masyarakat progresif dengan sains dan teknologi.
RUKUNEGARA
- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
- KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
- KELUHURAN PERLEMBAGAAN
- KEDAULATAN UNDANGUNDANG
- KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Antara iktibar yang dapat diambil daripada peristiwa 13 Mei ini:
- Rusuhan ini tidak menghasilkan sebarang keuntungan kepada kaum-kaum terlibat. Malah tragedi ini melibatkan banyak nyawa terkorban dan kemusnahan harta benda
- Perintah berkurung diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong akan menyekat kebebasan dan pergerakan setiap orang dan menyusahkan hidup rakyat.
- Mempertahankan Demokrasi, semangat cintakan negara, perpaduan kunci kesejahteraan
No comments:
Post a Comment