- Kerajaan telah menyediakan sebuah program pembangunan khusus untuk meningkatkan kebajikan semua rakyat.
- Sebagai contoh penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA) membantu meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah dengan cara menyediakan skim pinjaman kewangan kepada pelajar yang memerlukan.
RANCANGAN MALAYSIA KEDUA 1971-1975
- Kerajaan memulihkan ekonomi yang tidak seimbang serta menghapus pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
- Sebagai contoh , orang melayu sudah tidak melaksanakan ekonomi tradisional kerana pengenalan kaum telah dihapuskan.
RANCANGAN MALAYSIA KETIGA 1976-1980
- Pembangunan sektor pertanian dan perindustrian terus digiatkan bagi mendapatkan pendapatan, produktiviti dan peluang pekerjaan
- Sebagai contoh, penubuhan LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA) membantu para usahawan serta pengusaha pertanian untuk menjalankan perniagaan serta membantu dari segi modal untuk memulakan perniagaan.
RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT 1981-1985
- Kerajaan mewujudkan dasar dan strategi baru seperti mengadakan sistem mini estet pertanian, koperasi dan strategi pembangunan luar bandar.
- Sebagai contoh, pengenalan Program Dasar Pertanian Negara Dan Dasar Halacara Baru bagi membangunkan kawasan kampung dan luar bandar.
RANCANGAN MALAYSIA KELIMA 1986-1990
- RMK5 menggiatkan semula sektor pertanian dengan melonggarkan syarat-syarat penggunaaan tanah , penanaman padi secara ladang, penggunaan tanah lombong bagi aktiviti pertanian dan mengusahakan sawah terbiar
- Sebagai contoh, melakukan penyelidikan dan pembangunan
( R&D)a fama membuat pembaharuan buah dari sebiji buah menjadi ketulan didalam tin dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
RANCANGAN MALAYSIA KEENAM 1991-1995
- RMK6 mengekalkan proses pertumbuhan yang dinikmati oleh negara selepas kemelesetan ekonomi seterunya menumpukan usaha kearah meningkatkan produktiviti dalam sektor pertanian, perindustrian serta kemajuan sains dan teknologi sekaligus menggariskan program pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar.
- Sebagai contoh, mengalakkan sektor swasta supaya memainkan peranan utama dalam pembangunan.
RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH 1996-2000
- RMK7 melihat kepada konsep pensyarikatan malaysia, perkhdimatan awam dan kerajaan untuk terus menyediakan infrastruktur yang diperlukan bagi pesaingan diperingkat global
- Sebagai contoh, untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 dan perlaksanaan projek-projek pembangunan negara.
RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN 2001-2005
- RMK8 menumpu kpd pembangunan ekonomi berasakan penawaran tenaga buruh yang berkualiti dan mempercepatkan pembangunan sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi
- Sebagai contoh, pengekalan kestabilan ekonomi makro.
RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN 2006-2010
- RMK9 terus memacu negara kearah kemakmuran walaupun malaysia menghadapi persekitaran dalam dan luar negara yang sukar seperti kesan krisis kewangan dan kenaikan harga minyak.
- Sebagai contoh, membantu meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup.
RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH 2011-2015
- RMK10 mencartakan perjalanan pembangunan negara kearah mencapai wawasan 2020.
- Sebagai contoh, memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk mencapai kejayaan di arena antarabangsa
RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS 2016-2020
- RMK11 amat penting kerana menjadi transformasi terakhir dalam matlamat untuk menjadikan malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan berpendapatan i menjelang tahun 2020
- Sebagai contoh, dengan adanya Program Transformasi Kerajaan seperti pelantikan Menteri Besar Johor yang bahru.
No comments:
Post a Comment